Himpunan bekas-bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) mendesak agar usaha untuk menukar milikkan pengurusan sekolah daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak kepada Kerajaan Pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dihentikan serta-merta.
Kami bekas-bekas pelajar SIS dan SERATA memandang serius impak negatif dan kesan buruk yang akan terjadi akibat pemindahan pengurusan sekolah ini. Kami bertegas untuk mempertahankan sekolah warisan dan kebanggaan rakyat Perak ini daripada dicerobohi oleh sebarang gangguan luar.
Kesan buruk yang akan terjadi ialah identiti utama SIS dan SERATA sebagai satu-satunya sekolah milik kerajaan Negeri Perak yang menjalankan pengajian I’dadi dan Thanawi akan hilang. Pengurusan baru oleh Kerajaan Perseketuan akan melaksanakan pekeliling pendidikan yang mewajibkan jumlah kredit pengajian subjek yang diajar di SIS dan SERATA sama seperti sekolah harian yang lain. Ini secara jelasnya akan menyebabkan bilangan jam untuk pengajian I’dadi dan Thanawi akan berkurang dan akhirnya terhapus langsung.
Perancangan halus untuk menghapuskan pengajian I’dadi dan Thanawi ini dapat dikesan sebagai satu usaha untuk merendahkan kadar kemasukan dan kelayakan pelajar-pelajar aliran agama ke pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Ini akhirnya menyebabkan graduan yang memiliki kepakaran dalam lulusan agama akan berkurangan dan menyebabkan pengajian agama terpinggir di negara ini,
Selain itu, kami melihat usaha penukaran ini akan menyebabkan rakyat Negeri Perak akan kehilangan warisan kebanggaan negeri ini. Sejak ditubuhkan, SIS dan SERATA secara konsisten telah menerima dan melahirkan pelajar-pelajar anak kelahiran Perak yang berjaya dalam segala bidang. Kehebatan pelajar SIS dan SERATA yang rata-ratanya terdiri dari anak jati Perak memang tidak dapat dinafikan apabila saban tahun mencapai keputusan peperiksaan yang membanggakan pada peperiksaan PMR, SPM , STPM dan STAM.
Dalam bidang kokurikulum juga, SIS dan SERATA juga telah mengungguli dan menjohani pelbagai acara dan pertandingan samada di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan. Ini secara jelas menunjukkan bahawa pihak pengurusan sekolah mampu mentadbir dengan cekap dan baik walaupun tidak terletak dibawah kelolaan Kerajaan Perseketuan.
Kami memohon semua bekas-bekas pelajar SIS dan SERATA, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik untuk bersatu mempertahankan SIS dan SERATA tanpa menjadi isu ini sebagai agenda politik.
Kami juga memohon agar Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Perak mengambil tindakan pantas untuk menyelamatkan nasib SIS dan SERATA.
Kami juga akan melancarkan kempen mengutip tanda tangan dari bekas-bekas pelajar dan orang ramai sebagai tanda protes pemindahan pentadbiran sekolah ini. Serahan tandatangan akan diberikan kepada Raja Dr Nazrin beserta memorandum pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Kami sekali lagi menegaskan bahawa tindakan menukar status pentadbiran SIS dan SERATA akan menyebabkan aliran agama terpinggir dan terlupusnya imej dan warisan kebanggaan rakyat Perak ini.
Yuzi Faizal Bin Buyong Basri
Pengerusi Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (Tahan)
Alumni SIS dan SERATA
yuzkskb@gmail.com
phone no : 017-4830965
Friday, 18 December 2009
Bekas Pelajar bantah serah SIS dan SERATA kepada pusat
Nazri Abdullah
IPOH, 17 Dis: Bekas-bekas pelajar Sekolah Izzudin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) Perak, membantah dan menuntut penjelasan dari tiga pihak bertanggungjawab berhubung hasrat menyerahkan kedua dua sekolah agama kelolaan kerajaan negeri tersebut kepada pusat.
Ketiga-tiga pihak tersebut adalah kerajaan negeri Perak, Jabatan Agama Islam negeri dan Persatuan Alumni pelajar sekolah terbabit.
Pengerusi Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (TAHAN), Yuzi Faizal memberitahu pihak mereka akan mengadakan satu sidang akhbar berhubung perkara itu dihadapan pintu masuk utama SIS Jumaat ini.
"Kita nak mintak penjelasan dari ketiga-tiga pihak ini supaya kita dapat tahu kewajaran kedua-duanya perlu diserahkan kepada kerajaan pusat," katanya ketika dihubungi.
Yuzi juga memberitahu desakan yang dibuat badan bertindak ini bukan dipengaruhi mana-mana parti politik tetapi atas rasa tanggungjawab dan keperihatinan bekas-bekas pejar sekolah terbabit sendiri.
Mereka bimbang pertukaran tersebut akan menggadai kecemerlangan pelajar-pelajar aliran agama khususnya pemansuhan subjek teras sekolah tersebut.
Apatah lagi kedua-dua sekolah tersebut juga jelasnya telah banyak melahirkan tokoh-tokoh dan pemimpin negara seperti Menteri Pertahanan Malaysia sekarang ini Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
"Berdasarkan maklumat, jika kerajaan pusat ambil alih, kemungkinan subjek I'dadi dan Sanawi akan dimansuhkan.
"Ianya akan memberi kesan kepada para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang agama seperti di Al-Azahar dan lain-lain universiti," katanya lagi.
Kedua-dua sekolah tersebut adalah di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak namun akan diserahkan kepada kerajaan pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) kerana didakwa berdepan masalah kewangan.
Sehubungan itu, TAHAN juga sedang merancang menyediakan satu memorandum untuk dihantar kepada pihak Istana negeri perak jika tiada sebarang maklum balas dari ketiga-tiga pihak terbabit.
Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) turut mendesak Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri campur tangan menyelamatkan SIS dan SERATA agar kekal dibawah kelolaan JAIPk.
Sumber: Harakahdaily
Wednesday, 2 December 2009
28.11.09
akhirnya berjaya juga mengumpulkan seramai lebih kurang 20 orang bekas pelajar SIS batch 41. reunion yang diadakan pagi 28 november yang lalu disertai oleh
1)megat haris
2)sabri
3)azlan
4)naim
5)khalifa
6)nurul amin
7)hazim
8)farhan supian
9)yuzi
10)mieza
11)afham
12)darul
13)faiz yusof
14)khalis
15)abu zar
16)ezzar
17)radin
18)megat aiman
19)burhanudin
20)penulis
p/s:klu d yg tertinggal maaf yek..
aktiviti pagi tu dimulakan dengan bacaan yasin buat 2 sahabat kita dan diikuti dengan sesi bergambar sekitar kawasan sekolah. seterusnya ke rumah penulis untuk menjamu selera. rumah puan hayati osman(guru kelas 4&5vt+bm) yang berada berdekatan turut dikunjungi. apa yang mengkagumkan penulis ialah guru kita tersebut mengingati hampir kesemua yang hadir pada masa tu. kemudian penulis menuju ke rumah saudara faiz yusof di bercham sebelum meneruskan aktiviti ke rumah saudara yuzi. sebelah malamnya pula, rumah megat haris pula menerima kunjungan kami. aktiviti terakhir rakan-rakan bermain bowling.
dengan ini menjadi harapan agar reunion seterusnya mendapat penyertaan lebih ramai rakan2.
di bawah sebilangan gambar semasa reunion tempoh hari..
1)megat haris
2)sabri
3)azlan
4)naim
5)khalifa
6)nurul amin
7)hazim
8)farhan supian
9)yuzi
10)mieza
11)afham
12)darul
13)faiz yusof
14)khalis
15)abu zar
16)ezzar
17)radin
18)megat aiman
19)burhanudin
20)penulis
p/s:klu d yg tertinggal maaf yek..
aktiviti pagi tu dimulakan dengan bacaan yasin buat 2 sahabat kita dan diikuti dengan sesi bergambar sekitar kawasan sekolah. seterusnya ke rumah penulis untuk menjamu selera. rumah puan hayati osman(guru kelas 4&5vt+bm) yang berada berdekatan turut dikunjungi. apa yang mengkagumkan penulis ialah guru kita tersebut mengingati hampir kesemua yang hadir pada masa tu. kemudian penulis menuju ke rumah saudara faiz yusof di bercham sebelum meneruskan aktiviti ke rumah saudara yuzi. sebelah malamnya pula, rumah megat haris pula menerima kunjungan kami. aktiviti terakhir rakan-rakan bermain bowling.
dengan ini menjadi harapan agar reunion seterusnya mendapat penyertaan lebih ramai rakan2.
di bawah sebilangan gambar semasa reunion tempoh hari..
Subscribe to:
Posts (Atom)