Friday 18 December 2009

SELAMATKAN SEKOLAH KAMI : SIS DAN SERATA DARI DITUKARMILIKKAN KE KERAJAAN PUSAT

Himpunan bekas-bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) mendesak agar usaha untuk menukar milikkan pengurusan sekolah daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak kepada Kerajaan Pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dihentikan serta-merta.


Kami bekas-bekas pelajar SIS dan SERATA memandang serius impak negatif dan kesan buruk yang akan terjadi akibat pemindahan pengurusan sekolah ini. Kami bertegas untuk mempertahankan sekolah warisan dan kebanggaan rakyat Perak ini daripada dicerobohi oleh sebarang gangguan luar.


Kesan buruk yang akan terjadi ialah identiti utama SIS dan SERATA sebagai satu-satunya sekolah milik kerajaan Negeri Perak yang menjalankan pengajian I’dadi dan Thanawi akan hilang. Pengurusan baru oleh Kerajaan Perseketuan akan melaksanakan pekeliling pendidikan yang mewajibkan jumlah kredit pengajian subjek yang diajar di SIS dan SERATA sama seperti sekolah harian yang lain. Ini secara jelasnya akan menyebabkan bilangan jam untuk pengajian I’dadi dan Thanawi akan berkurang dan akhirnya terhapus langsung.


Perancangan halus untuk menghapuskan pengajian I’dadi dan Thanawi ini dapat dikesan sebagai satu usaha untuk merendahkan kadar kemasukan dan kelayakan pelajar-pelajar aliran agama ke pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Ini akhirnya menyebabkan graduan yang memiliki kepakaran dalam lulusan agama akan berkurangan dan menyebabkan pengajian agama terpinggir di negara ini,


Selain itu, kami melihat usaha penukaran ini akan menyebabkan rakyat Negeri Perak akan kehilangan warisan kebanggaan negeri ini. Sejak ditubuhkan, SIS dan SERATA secara konsisten telah menerima dan melahirkan pelajar-pelajar anak kelahiran Perak yang berjaya dalam segala bidang. Kehebatan pelajar SIS dan SERATA yang rata-ratanya terdiri dari anak jati Perak memang tidak dapat dinafikan apabila saban tahun mencapai keputusan peperiksaan yang membanggakan pada peperiksaan PMR, SPM , STPM dan STAM.


Dalam bidang kokurikulum juga, SIS dan SERATA juga telah mengungguli dan menjohani pelbagai acara dan pertandingan samada di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan. Ini secara jelas menunjukkan bahawa pihak pengurusan sekolah mampu mentadbir dengan cekap dan baik walaupun tidak terletak dibawah kelolaan Kerajaan Perseketuan.


Kami memohon semua bekas-bekas pelajar SIS dan SERATA, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik untuk bersatu mempertahankan SIS dan SERATA tanpa menjadi isu ini sebagai agenda politik.


Kami juga memohon agar Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Perak mengambil tindakan pantas untuk menyelamatkan nasib SIS dan SERATA.


Kami juga akan melancarkan kempen mengutip tanda tangan dari bekas-bekas pelajar dan orang ramai sebagai tanda protes pemindahan pentadbiran sekolah ini. Serahan tandatangan akan diberikan kepada Raja Dr Nazrin beserta memorandum pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.


Kami sekali lagi menegaskan bahawa tindakan menukar status pentadbiran SIS dan SERATA akan menyebabkan aliran agama terpinggir dan terlupusnya imej dan warisan kebanggaan rakyat Perak ini.


Yuzi Faizal Bin Buyong Basri
Pengerusi Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (Tahan)
Alumni SIS dan SERATA
yuzkskb@gmail.com
phone no : 017-4830965

Sidang Media Pertahankan Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah

Bekas Pelajar bantah serah SIS dan SERATA kepada pusat



Nazri Abdullah

IPOH, 17 Dis: Bekas-bekas pelajar Sekolah Izzudin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) Perak, membantah dan menuntut penjelasan dari tiga pihak bertanggungjawab berhubung hasrat menyerahkan kedua dua sekolah agama kelolaan kerajaan negeri tersebut kepada pusat.

Ketiga-tiga pihak tersebut adalah kerajaan negeri Perak, Jabatan Agama Islam negeri dan Persatuan Alumni pelajar sekolah terbabit.

Pengerusi Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (TAHAN), Yuzi Faizal memberitahu pihak mereka akan mengadakan satu sidang akhbar berhubung perkara itu dihadapan pintu masuk utama SIS Jumaat ini.

"Kita nak mintak penjelasan dari ketiga-tiga pihak ini supaya kita dapat tahu kewajaran kedua-duanya perlu diserahkan kepada kerajaan pusat," katanya ketika dihubungi.

Yuzi juga memberitahu desakan yang dibuat badan bertindak ini bukan dipengaruhi mana-mana parti politik tetapi atas rasa tanggungjawab dan keperihatinan bekas-bekas pejar sekolah terbabit sendiri.

Mereka bimbang pertukaran tersebut akan menggadai kecemerlangan pelajar-pelajar aliran agama khususnya pemansuhan subjek teras sekolah tersebut.

Apatah lagi kedua-dua sekolah tersebut juga jelasnya telah banyak melahirkan tokoh-tokoh dan pemimpin negara seperti Menteri Pertahanan Malaysia sekarang ini Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

"Berdasarkan maklumat, jika kerajaan pusat ambil alih, kemungkinan subjek I'dadi dan Sanawi akan dimansuhkan.

"Ianya akan memberi kesan kepada para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang agama seperti di Al-Azahar dan lain-lain universiti," katanya lagi.

Kedua-dua sekolah tersebut adalah di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak namun akan diserahkan kepada kerajaan pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) kerana didakwa berdepan masalah kewangan.

Sehubungan itu, TAHAN juga sedang merancang menyediakan satu memorandum untuk dihantar kepada pihak Istana negeri perak jika tiada sebarang maklum balas dari ketiga-tiga pihak terbabit.

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) turut mendesak Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri campur tangan menyelamatkan SIS dan SERATA agar kekal dibawah kelolaan JAIPk.

Sumber: Harakahdaily

Wednesday 2 December 2009

28.11.09

akhirnya berjaya juga mengumpulkan seramai lebih kurang 20 orang bekas pelajar SIS batch 41. reunion yang diadakan pagi 28 november yang lalu disertai oleh
1)megat haris
2)sabri
3)azlan
4)naim
5)khalifa
6)nurul amin
7)hazim
8)farhan supian
9)yuzi
10)mieza
11)afham
12)darul
13)faiz yusof
14)khalis
15)abu zar
16)ezzar
17)radin
18)megat aiman
19)burhanudin
20)penulis
p/s:klu d yg tertinggal maaf yek..

aktiviti pagi tu dimulakan dengan bacaan yasin buat 2 sahabat kita dan diikuti dengan sesi bergambar sekitar kawasan sekolah. seterusnya ke rumah penulis untuk menjamu selera. rumah puan hayati osman(guru kelas 4&5vt+bm) yang berada berdekatan turut dikunjungi. apa yang mengkagumkan penulis ialah guru kita tersebut mengingati hampir kesemua yang hadir pada masa tu. kemudian penulis menuju ke rumah saudara faiz yusof di bercham sebelum meneruskan aktiviti ke rumah saudara yuzi. sebelah malamnya pula, rumah megat haris pula menerima kunjungan kami. aktiviti terakhir rakan-rakan bermain bowling.

dengan ini menjadi harapan agar reunion seterusnya mendapat penyertaan lebih ramai rakan2.

di bawah sebilangan gambar semasa reunion tempoh hari..

Sunday 15 November 2009

Kenangan 1999 - 2003

Salam Semua....

Org ckp, sekeping gambar menceritakan 1001 penceritaan...aq x reti nk mengterjahnya sdri, so marilah kita semua same2 mengimbau kembali heheheeeee...next time aq upload lgi yg best2...


so skrg court ni skrg jd ape ek heheee

spender anip dok tgantung blkg tu

paeh control lebey maaa

Al-Fatihah utk Arwah Syariful & Arwah Azwan...


Pahlawan Terencat?? hihiii

Infra Bangi

Smgt Kesukanan

Jamuan Form 5 ek??? aq pon x igt

Jamuan Perpisahan 2003

Kem Arab SPM 2003


ayor paras lutut jek..pe kes


yuzi lebey2 lak

asssiimmm..spy pencen :)

colan2 Menteri Pertahanan

Tu dia Abey Riz heheee

Tuesday 27 October 2009

alfatihah..

baru tadi dapat tau ayah salah seorang sahabat kita, jamadel izwan telah pulang ke rahmatullah..marilah sama2 mendoakan agar arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman.. 1 berita lagi yang ingin dikongsi ialah izham /abg e sedang menghidap kanser.. kepada mereka yang boleh menziarahi izham, 1 sumbangan kilat sedang diusahakan.. jadi harap boleh inform kt rakan2 lain..

Thursday 8 October 2009

reunion??

salam..aku dalam usaha mengumpulkan kembali batch kita berserta cikgu yang pernah mengajar kita dulu.jangkaan tarikh gathering ni mungkin awal tahun depan, sebab aku harap nak kumpul seramai yang mungkin oleh itu beberapa persiapan perlu dibuat. post ni kiranya sebagai announcement. kepada mereka yang berminat untuk join force dengan aku untuk laksanakan projek ni, korang sangat dialu-alukan pasal kita nak wat yang gempaknya. malah kalau projek ni berjaya, mungkin banyak keuntungan yang kita semua akan dapat.. okay, aku menanti respon dari korang..

Tuesday 29 September 2009

buku 2 Hall Of Fame 2

azman
aizudin mohd sani (iju)

shahrul izwan(lebin)
fakhrul hassan (apai)
abdul muhaimin (beduk)
nurul amin mustakim
ahmad kamal ihsan (aki)
shahir
faisal
saiful helmi abd shukor (emy)

khairul zaman tajudin (aman)
azrul ihsan
radin amir afifi
loqman hasyim yusof (loko)

ridhuan (redon)
zaid
allahyarham syariful amri (86-04 -- alfatihah)
zikri ahmad
burhanudin (debe)
sabri nazri (coe)
ngifni (ngip)
allahyarham  azwan  mohammad @ bobby (86-09 -- alfatihah)
aiman tarmizi (woo) 
afham (apam)
hakim
hamzah (otai)
faiz
amirol abu bakar
darul ridzuan azhar
izhar hayatul israq ahmad zubir
kamarul hafiz hamat kamis (marock)
mior fazlan
mohd akmal mat rodzee (jong)
mohd akmal othman (kima)
mohd ashraq nadzeri
mohd azim arip
mohd fakhrul anwar ismail
mohd fathi abdullah
mohd fikri fadzil (mie)
mohd hafiz yahya (tem)
mohd hasanul arif che basir
mohd irwan kamil mat isa
mohd khabirul arif  abdul ghoni
mohd khalifa hasnol basri (k-lie)
mohd muzzammil mohd noor
mohd nadhir azmi
mohd safuan mohammad
mohd ubaidah daud
noor anuar rameli (kepek)
raja mohd farhan hashim 
raja mohd haziq raja m.kamal
yuzi faizal buyong basri
azman mohamad (jimbong)
abdullah amin rodzuan
mohd kamaruzzaman abd karim
mohd farhan ahmad supian
azlam jamalulail
mohd afif husman
mohd fadzli aswan abu bakar
al hafzan
mohd firdaus nazri (pitat)
mohd afifi sulaiman
mohd hafizudin ruslan (payout)
nur hazman mohd noor
mohd khairul naim mohd elham
mohd norezham che ali
zulfadli othman
hamzah mawari
ahmad zaki mohd anwar
mohd ezzar zamri
mieza alfiq ahmad suhaimi
akasyah mohd hanafiah
abdul hakim mokhtar
mohd amin abdul moin
megat aiman taher megat mohd ghazali
mohd fahmi abu bakar
mohd zahid abdullah sani
kamarulzaman abdul aziz (kz)
ahmad hazim ainol azhar
meor syazril aizal
mohd firdaus ismail(pidut)
abdul khalid abdul mukti
mohd khalis abdul rahim
syamsul faiz mohd yusof
mohd dinil haq sahbudin
ahmad ikhwan rozali (toy)
mohd irsyad abdul mokti
mohd izham halim
p/s:yang ini mereka yang SPM kat SIS,semasa ke semasa teman akan tambah yang tiada dalam ni..kalau ada kengkawan2 yang nak kongsi kenangan dia dengan orang2 kat atas ni boleh email teman di alamat ni..ikhwansis@yahoo.com.. 

Sunday 27 September 2009

buku 2 Hall Of fame 1

ini adalah senarai nama batch 41 SIS dan guru2 yang banyak berjasa pada kami, mungkin akan ada banyak nama yang teman tercicir, makanya kalau ada yang tahu nama2 tersebut, usah berlengah2 bagitau teman yek..sebab sumbernya buat masa ini hanyalah sebuah catatan kecil yang teman terjumpa masa menyelongkar khazanah lama sempena aidikfitri tempoh hari. sape2 yang ader akrab mesti ley tolong semakkan..
ustaz nasar (pengetua)
pn. noor aini (matematik moden)
en.faisal
cikgu madihah (matematik tambahan)
cikgu norhayati osman (bahasa melayu + guru kelas 4&5 vt)
cikgu ridzuan dan noor azwa (p.akaun)
ustaz mad isa
cikgu idris
ustaz fadhli
ustaz mohammad (k.hidup)
ustaz yusof
ustaz pahmi
cikgu marini (sains)
pn shahbanun
cikgu noornizah
cikgu hayati amin
ustaz shuah (bahasa arab-beliau kini mengajar di sek. raja nazrin kg. gajah)
cikgu dasuki
ustaz hamzah (bahasa arab)
cikgu wan
ustaz jamil
ustaz shariman
ustaz azmi
cikgu arshad
cikgu megat
cikgu aladdin
ustaz faiz
ustazah arfah
p/s:teman mengharapkan maklumat dari rakan2 untuk update senarai ni seperti nama penuh, di mana sekarang dan sebagainya yang dirasa sesuai..

buku 1 bab pertama

    salam lebaran dan mohon kemaafan zahir batin dari rakan semua..teman ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah melawat blog ni dan kepada mereka yang ingin menjadi pengarang dalam blog ni sila-silalah menghantar alamat email kalian.wat mereka yang teman dah invite sebagai pengarang, janganlah segan-segan untuk menyumbangkan artikel dalam blog..
    nama teman mohd noor hidayat. teman memasuki SIS tahun 99 dan meninggalkan bumi SIS tahun 2003. dari tingkatan 1-5 teman merupakan ahli rumah saidina usman(kuning). kelas teman masa tingkatan 1 ibnu sina,2&3 ibnu rushd & 4&5 teman kelas pengajian islam 2 atau lebih dikenali sebagai vt(vokasional teknik). kalau tak salah , teman ahli usrah 10 masa tingkatan 1. selepas SPM teman meneruskan pengajian di changlun(KMK) kemudian di UM. teman harap rakan2 lain pun boleh perkenalkan diri di sini dan menceritakan perjalanan selepas keluar dari SIS, ini kira macam sample la..
   oh ye, tadi teman dah tambah beberapa gadget dalam blog ni yang teman rasa okay, jika ada apa2 cadangan rakan2 boleh khabor kat teman ye..

Sunday 13 September 2009

buku 1 prolog

blog ni teman buat bagi menjadi satu alat untuk teman mengekalkan tali persaudaraan yang pernah terjalin di sekolah yang teman amat cintai iaitu Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah Ipoh, Perak..nama blog ni SIS merupakan singkatan nama sekolah teman, S untuk sekolah, I untuk Izzuddin, S untuk Shah, nombor 99 merupakan tahun teman dan rakan2 mula bertemu di daerah tarbiyah ini,sementara nombor 41 melambangkan batch teman dan rakan2.teman arap, rakan2 sume akan melawat dan sama2 memeriahkan blog ni serta merapatkan ukhwah yang pernah terjalin 1 masa dulu..teman dengan ini juga ingin mengajak rakan2 agar sudi sama2 menjadi pengarang kepada blog ini dengan memberitahu teman email address rakan2 agar teman boleh invite untuk jadi author blog ni.